Tuesday, October 25, 2011

oh! manusia



kita sebagai manusia yang dilahirkan di muka bumi Allah ini sebagai insan yang serba kekurangan dan tidak sempurna...
 kadang2 lumrah sebagai manusia yang tak pernah rasa bersyukur dengan setiap anugerah yang diberi oleh Nya...
0leh itu, maka lahirlah perasaan yang tidak puas hati di atas kejayaan orang lain, cemburu dengan kelebihan orang disekeliling, bangga dengan nikmat Allah swt yang sementara, khianat mengkhianati antara satu sama lain dan mempertikaikan kekurangan diri sendiri. dan siapakah mereka yang hendak mempertikaikannya.??

ada sesetengah manusia yang dilahirkan di dunia ini kurang bernasib baik..
kehidupan yang penuh dengan liku2 kehidupan yang perlu ditempuhi, masalah yang tidak pernah selesai..dan ingat lah sesungguhnya Allah sedang menguji hambanya...


“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” 
(Surah Al-Baqarah:286)



dan ada juga insan yang dilahirkan dalam kehidupan yang sangat bernasib baik,...
keluarga yang penuh dengan kasih sayang, diberi rezeki yang melimpah ruah, keluarga yang aman damai dan saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain...
 sebagai insan yang hidup sementara dimuka bumi Allah swt ini, kita hendaklah banyak2 bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh Nya..dan sentiasa mengamalkannya kejalan yang betul..
sentiasa melakukan perintah dan suruhanNya dan meninggalkan larangannya..
 dengan kekurangan atau kelebihan yang kita punyai sekarang ini, tidak perlulah kita membandingkan dengan kehidupan orang lain dan tak perlulah kita hendak mengeluh terhadap sesuatu hajat yang tidak dapat kita kecapi..
selagi tulang empat kerat masih lagi berupaya, maka berusahalah sehingga akan menampakkan hasilnya pada suatu ketika dan disitu kita akan tersenyum puas serta sangat bersyukur diatas kesungguhan usaha kita sendiri.....
tapi apa yang pasti, setiap perkara terjadi yang tersurat mahupun yang tersirat sentiasa ada hikmah nya...


^.^ kata-kata peransang buat si gadis. . .

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget