Saturday, October 1, 2011

lelaki yang harus dijauhi !


sepanjang hidup gadis2 diluar, mesti jumpa dengan pebagai jenis dan ragam lelaki kan..haa so, mestilah hati2 dan mestilah pandai dalam memilih teman lelaki...jangan salah pilih pada lelaki yang jenis hanya untuk mengambil kesempatan terhadap gadis2 di luar sana..jom kita intai lelaki yang macam mana yang wajib harus dijauhi(:


Lelaki yang sering kali mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu mahupun tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun kita sudah mengenalinya sudah bertahun-tahun. Ini bermakna bahawa kita bukan orang yang diinginkannya. Mungkin kita juga tiada di dalam kamus hidupnya.

Lelaki yang sentiasa menghubungi kita tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila kita memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.

Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai scandal teman tapi mesra. Kemana sahaja hanya kita berdua. Ibarat merpati dua sejoli dari pandangan orang lain. Malangnya dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi kita dalam ruang hatinya yang kosong itu. jangan buang masa kita dengan lelaki seperti ini.

Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan kita. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya sahaja.hmmm....

Lelaki yang hanya memandang dirinya sahaja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat kita adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya kita saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.

Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri(selfish guy!). Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham akan kehendak wanita. Walaupun kita telah berterus terang mengenai sesuatu tetapi dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara.

Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba kita bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah kita jika hidup bersamanya nanti.

Lelaki yang tetap akan mengganggu kita. Walaupun sudah diberitahu yang kita terlalu busy tahap dewa tetapi lelaki ini tidak memperdulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.

lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan kita akan menjauhi lelaki yang diburukkan olehnya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya kita tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah kita dikongkong oleh lelaki jenis ini?

Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul pada wanita. kita tidak nampak ciri kepimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana kita mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?



p/s: renung2kan lar kawan2. . .

No comments:

Post a Comment