Sunday, September 16, 2012

nak kurus

seminggu raya kat kampung rasa badan aku naik mendadak.w0ooo takut..
sekarang dah masuk study balik.
so, kat sini makan boleh la nak berpantang sikit..heeee~

semalam aku timbang berat aku 50.8kg .
berat kan tapi tu pun da turun 2 kg..hehe...
tinggi 153cm and aku check BMI
yang penting aku tergolong dalam gadis ideal.yeaaahh...

walau apa pun, aku tetap nak kurus..
perasaan ni tiba2 bergelora sejak ada satu budak cakap aku gemok ! 
pedasss, panas je telinga aku
di tambah lagi dengan kata-katanya yang menyatakan peha aku besar
whatttt???? pfttt betul lah..aku terus terdiam..
terkejut woo...

oke start petang ni, aku nak joging kat stadium dalam kampus.
 btw kampus aku ada stadium besar
semangat sikit kan
okey, aku terima kata-kata budak tu dengan hati yang terbuka luas..
dia cakap dia jujur XD
baguslah, boleh menjadi menyuntik semangat aku..
target aku satu, 
NAK KECIKAN PEHA 
aku yang besar lah sangat tu...
no ubat-ubatan diet
just joging + kawal makan..that's it nadya =D

cari-cari punya cari, 
then, terjumpa satu resepi 
sup pembakar lemak 
yang boleh menurun kan berat.
tapi dengan syarat memang kene berpantang
 "tak boleh makan nasi dalam tempoh tersebut dan makan sup selama 7hari" 
sekian.

haaa sup sayur?? and aku suka
hari ni boleh aku try tapi tak kan nak makan sup aje kan..
nak tambah bubur boleh? huhuhu
gedikkss....btw aku suka makan !




^.^nanti aku kurus jangan terkejut =D

Saturday, September 15, 2012

renungan



♥ ADA TIGA PERKARA YANG TIDAK PERNAH KEMBALI ♥

Waktu/usia
 Perkataan
 Kesempatan


ADA TIGA PERKARA YANG BOLEH MENGHANCURKAN KEHIDUPAN KITA

Kemarahan
Kesombongan
 Dendam, Iri Hati, Dengki


ADA TIGA PERKARA YANG TIDAK BOLEH HILANG DARI KEHIDUPAN KITA

cinta kasih 
Keluarga
Sahabat

Sunday, August 12, 2012

23 Ramadhan

tetiba bangun pagi tadi terasa m0od nak RAYA datang
semangat nak raya tu datang terus buat aku rasa nak bangun ..hehe (ayat tak leh blaa...)
lepas mandi terus kemas2 apa yang patut
basuh baju, kemas bilik, cuci kipas, kacau orang tido, tengok orang basuh kereta..huhu..


then try lagi WEDGES yang baru beli malam tadi untuk raya ni...
heeee excited :D

warna terqouise+coklat
harga mesti dirahsiakan
nanti kalau mum or sis tanya, mesti cakap 
"murah aje sebab ada less..rugi kalau tak beli"
heeee :D


tema raya tahun ni biru 
mesti menjadi punya satu keluarga biru, jangan haru biru sudah 
lepas tu boleh snap..snap gambar satu family
tak sabar nak balik kampung jumpa mum n daddy 
i miss u  damm much :D




^.^harap2 duit raya tahun ni banyak

Wednesday, August 8, 2012

DIA Maha mengetahui


Saat hati berkata " INGIN ",
 namun ALLAH SWT berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, 
namun ALLAH SWT berkata " TERSENYUMLAH ".
Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", 
namun ALLAH SWT berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".
kita merancang
ALLAH SWT juga merancang..
tetapi perancangan ALLAH SWT JAUHHHH lebih baik..


^.^ i l0ve Allah swt 

Friday, March 23, 2012

tamat tahun 2 di uthm

maka dengan ini
tamat lah sem 4
huhu
sem depan jadi trully senior..HAHA.
dah tahun 3
tapi sebelum masuk tahun 3, pergi LI dulu for 2 month dekat
 TNB terengganu ngeee :D 
xleh jumpa dah scandle kat sini

0key....
sekarang dah packing baju, dah basuh motor, dah mandi (wangi)
tempat LI pun dah settle...lega rasanya.
1 satu masalah besar pun dah selesai semalam
Alhamdullillah..syukur kepada Mu Ya Allah swt
sekarang juz tunggu result keluar..
harap pointer sem ni dapat naik dengan mendadak
...aminnn
nak tunjuk kat mak n ayah
sem lepas teruk jatuh gedebuk..gedebuk..
..s0b..sob...

hope sem ni boleh cover balik result yang teruk sem lepas





#xsabar nak balik kampung :D

Wednesday, March 7, 2012

manager najwa latiff.?

ya Allah, aku terkejut tak terkata, sampai hari ini masih bermain2 lagi kat kepala aku 
betul ke..betul ke...betul ke...hah betul ke....

xpe, aku anggap je tu fake
orang yang sahaja nak main-main dan nak kene kan aku
okeyy, sebenarnya camni
tengah syok aku layan video NAJWA LATIF kat you tube
tiba-tiba aku dapat call dari satu number yang aku tak kenal
then camni
.
.
.
.
.
.
.
.
.

jam 11:20 pm
6hb mac 2012

nadya: hello
pemanggil: hell0, ni nadya wahab ke.?
nadya: yaa, kenapa yer.?
pemanggil: awak adalah salah satu followers NAJWA LATIF kat twitter.com dan awak orang pertama saya    pilih.
.......belum sempat dye habis cakap, aku menyampuk

nadya: ye..ye..ye (excited) kenapa erk.? 
.......okeyy, nk di pendek kan cite. . . 
pemanggil: saya tengok muka awak ada iras2 muka NAJWA LATIF, saya nak awak jadi pegganti dye nanti. boleh x.?  

nadya: hah!!!!#*^%@$# (aku dah terhabis excited+pening) kenapa.?
pemanggil: saya eric manager NAJWA LATIF. awak tau kan NAJWA tu sekolah kan..so nanti ada konsert dye kat overseas.boleh x awAk ganti kan dye

nadya: wow..(teruja ^_^) kat mana.?
pemanggil: indonesia. awak boleh nyanyi lagu-lagu dye x.?

nadya: hahahahaha..malu lar.boleh lar cikit-cikit 
pemanggil: kenapa awak gelak.? awak ingat saya main-main ke.? awak tau x, payment dye RM10,000 dan semua ditanggung masa tu.
nadya:  yeke.? $$$$$$$$ tapi saya xpandai main gitar..hehe. . lau nyanyi cikit2 boleh lar
pemanggil: bab gitar xpe, tu boleh adjust..awak just pegang je ke...
nadya: owh, (dah kelu.xleh nak kata pape)
pemanggil: so camne.? kita ada agreement. sekarang saya nak dengar awak nyanyi 
nadya: lagu apa masa buat konsert tu nanti.?
pemanggil: lagu first cinta muka buku. saya nak awak nyanyi cikit
nadya: alaa malu lar...camne erk.? saya practice dulu.boleh.?
pemanggil: nak malu apa, kite berdua je..saya dah biasa lar..dah ramai sangat dah.try lar. kalu awak xnak, saya cari yang lain. ramai lagi tu.tapi awak jugak orng pertama saya call..
nadya: xnak lar, malu... (dalam hati teruja giler..nk melompat2)
tuttttt...tuuutttt... (talian terputus) T_T






dan begitu lar lau dipendekkan cerite
aku xpasti aku telah di PRANK ke..? 
korang ingat ni rancangan bang bang b0om ke
atau betul.... kompius
dan sampai sekarang masih bermain di kotak fikiran aku...

mungkin orang tau aku minat si najwa latif ni,
 orang pun nak hangit kan aku kot
s0b..s0b..s0b..s0b...

xkesian kat aku ke...tapi yang bab muka tu, 
bukan dye orang pertama pun cakap camtu, dah ramai sangat
kat rumah, kat kelas, dan friends kat facebook jugak tau..
aku pun xtau kat mana sama HAHA. 
dan aku masih igt lagi orang yang pertama yang cakap muka aku ada iras-iras
masa tu najwa masih lagi dalam gadis youtube...bangga tu ada r beb. (poy0 jerrr)




#xpe lar, lau ada rezeki..aku nak..

Tuesday, March 6, 2012

ring tone hp ~

so sweet lar lagu nii <3
bukan pasal aku minat penyanyi dia ---YUNA
yelar, penyanyi dah sampai antarabangsa kot
berbakat lar sebenarnya yuna ni walaupun bertudung kan
tetapi bila hayati lirik-lirik dia, 
penuh makna tersirat dan juga tersurat
ada makna-makna penting yang di sampaikan
i'm love it that's song
yeahhh...
and btw dah jadi ring tone hp
huhuhu

j0m layann sama-sama
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
video
like...like...like


#for special person :D

6 pack

haa 6 pack..?
korang tau tak apa itu 'six pack' 
haha..
maybe ada yang belum tau
six pack ni ada kat badan lelaki aje..hehe
ntah2 ada jugak guys yang kat luar sana tak tau apa itu 
'six pack' kan...
alaa yang dekat perut yang berketul-ketul tu
penah tengok x.? hehe
search google image n tengok yaww
emm okey, cukup merepek
straight to da point k
.

.

.

.

.

.

.
actually 6 pack tu ada faedah buat kaum adam,
bukan sahaja bagi nampak macho, gagah perkasa (cehh wahh)
hahaha
dan tahukah kamu yang 'six pack' 
haa ni lar korang 'six pack'
adalah salah satu petanda sihat nya seseorang lelaki 
ini kerana, 
ia mewakili setiap usus di badan manusia
dan bagi mereka yang tidak mempunyai 'six pack' 
jangka hayat nya lebih penddek berbanding mereka yang memiliki 
'six pack' 



#actually pasal ini telah pun dikaji.

Monday, March 5, 2012

wink..wink....study week !

xbalik kampung, coz study week...hati nak balik tak terkira..
rindu masakan mak sangat2
aargghhh
s0, target bangun awal-awal, walaupun tak awal mana then breakfast n 
go for study..study..study n study okey !!!!

yang paling penting. 
masa ber'pesbuk' or ber'tweet' dll
amat singkat untuk anda ok.?

FOKUS STUDY

#hadiahkan kejayaan buat mak dan ayah n i will ^_^

Friday, March 2, 2012

membeli belah..? then gaduh !

pakar psikologi menyifatkan bahawa
pasangan lelaki dan perempuan yang pergi 'shopping' bersama-sama
biasanya boleh melakukan aktiviti tersebut dalam masa 72minit sahaja
sebelum mereka mula bergaduh dan masa itu, 
lelaki boleh dikatakan sudah puas 'shopping' dan sedangkan
perempuan masih lagi berupaya untuk meneruskan aktiviti tersebut 
selama 28minit sebelum mersa letih...


rite.???


#and, i think so !!

Monday, February 20, 2012

ISTERI TIDAK BEKERJA?



Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Isteri pula?
... Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Isteri yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa isteri bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Isteri yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, isteri buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Isteri kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Isteri en zainal buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian isteri bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!





#fikir2 kn ....hmm

Thursday, February 16, 2012

ada apa dengan kesetiaan?


1) Lelaki terlalu selesa.
Bila nak dapatkan sahaja bertungkus lumus. Bila dah dapat. Duurh BORING~. Telefon pun nak tanak je cakap. Balik-balik tanya,

BF: Awak buat apa?
GF: Tade apa. Tgk Tv.
BF: Dah maknj (salah eja sebab tgh main game. Tak fokus)
GF: Oh dah makan dah (malas nak buat buat tanya sbb dah cukup faham)
Bf: Awak buat apa? (dia tanya lagiiiiii!!)
GF: hmpppppppph

# Perempuan bila once dah suka. Mereka suka dimanja sentiasa. Bukan pada bulan pertama sahaja. Take note please guys. Put some efforts la. Eventho Uols blurrr. before text tu fikirla betul2 nak tulis apa. Rekalah soalan-soalan yang logik-logik.

2) Tidak peka dengan perangai gf masing-masing.
Eventho dah kenal 56 tahun.. Tapi masih tak tahu apa Gf suka? Apa kepantangan Gf? Apa warna kegemaran? Alah macam-macamlah. Kalau nak listkan memang tak habis-habis.

# Dah tau Gf awak tak suka awak ponteng kelas. Janganla buat. Kalau Gf tau Bf suka makan Udang. Hari-hari kalau boleh dia nak bawak udang bagi Bf makan. Kaum2 Gf ni memang suka buat benda-benda yang mampu menarik perhatian Kaum Bf. Ye tak? Pantang la dengar BF demam. Zassssss dah sampai bawak ubat. Kalau Bf?

Gf: Awak saya demam.
Bf: Pergila makan ubat.
GF: Tak larat lah.
BF: Rest2.

ITU JE???????? Cuba tukar ini macam.

GF: Awak saya demam.
BF: Ish. Demam? Awak ok? Ada ubat tak? Nak saya bawa pergi klinik?
GF: Hm..Tak payah susah-susah wak. Saya Ok (perempuan biasak la bro. Kaki pancing. Padahal memang terlepek kat rumah)
BF: Tape wak. Lagi 5 minit saya datang. Teruk nanti lagi susah. Sabar ye wak.

SUSAH? SENANG je kan :). 2 sen juga sms tu. Tapi impak nya sangat besar.

3)Bila perempuan rasa ada lelaki lain mampu menjaga lebih baik dari Bf.
Ini memang banyak sangat jadi. Jangan biarkan Gf uols sampai rasa mcmnilah. Masih belum berkahwin mereka bebas nak buat keputusan. If Uols betul-betul nak. Jaga kasi betullah.Ni nak perempuan cantik-cantik, uols makin lama makin selekeh. Dah tak hensem, garang plak tu. Dah la layan nak tanak. Tapi nak yang perempuan baik-baik. Rasa rasa nya seimbang ke macam tu? NO NO NO NO ish. GF cantik, BF kena la hensem-hensem ( ish, tayah la operate muka bagai. Kemas-kemas sudah). Gf pandai, Bf kena la sama naik pandai. Uols nak jadi pelindung mereka kot suatu hari nanti. Setuju?

4) Tiada education background yang terjamin.
Tahukah Uols ayat ayat mak bapak "Kau nak bagi anak aku makan pasir ke?"
Ya, kalau fikir-fikir balik. Memang betul. Lelaki tak suka fikir panjang. Belajar baru susah sikit dah give up. Kawan dengan orang tak betul, dah hanyut. tak fikir panjang betapa pentingnya level of education tu. Betul kata mak bapak. Sekarang kita tak rasa. Tapi life is ALL ABOUT MONEY. Mana nak dpt wang? From education yang kita ada!

Ya ya sabar. Ada yang cakap. Alah Pak Ali sebelah rumah tu kaya raya. SPM je.

ITU LUCK DIA. KAMU ADA LUCK? CONFIRM?
tak confirm kan. So back up la dulu dengan education ya abang abang. Awak nak pinang anak orang. Takut orang nak bagi anak dia kat awak. Dia sikit punya tatang anak dia. Habis awak nanti nak sepok anak dia suruh duduk dalam rumah je? Tak bagi apa-apa. Yang awak tau suruh dia jadi kilang buat anak. Ish ish ish FIKIR LA Waras waras.

5)BF kawan lebih bagus.
Bukan nak compare. Bukan tak bersyukur. Tapi ya, lumrah alam. semua orang nak yang terbaik untuk diri sendiri.Tapi jadi sedih dan mencemburui kenapa nasib perempuan lain lebih bagus. Adakah diri sendiri salah pilih? Uish takut dengan masa depan yang gelap. Before dah nikah, baik angkat kaki dulu. Selamat dunia akhirat. Ramai lelaki yang lebih baik dalam dunia ni. Sebelum terlambat.....thats why kenapa perempuan kadang2 bertukar arah.

I nak bagi 5 dulu. I rasa ramai lelaki yang tertanya-tanya. "Eh aku baik apa..tapi kenapa dia lari tinggalkan aku"

Sunday, February 5, 2012

masa susah?

insan mana yang banyak membantu semasa kita susah.?
menjadi persoalan daripada dulu, dan kini semuanya terjawab apabila kita menempuhi masa-masa tersebut dan  disitu juga kita akan dapat lihat siapa yang betul2 sayangkan kita dan  tak nak tengok kita susah...


> mommy^daddy
> couple
> sister
> brother
> cousin
> friends
> others




siapa banyak membantu kita.?? 


#i l0ve my mom n daddy

Saturday, February 4, 2012

di sebalik g0ogle

okey, hari belajar sesuatu yang baru..
jom check out dari google..



1st step: pergi ke www.google.com.my
2nd step: taip google gravity or annoying google, google reverse, rainbow google, google pacman pun boleh
3rd step: klik " i'm feeling lucky" button





and this for google gravity


 and hasilnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



google dah jatuh ke bawah..haha










exp. for reverse pulak k....


type  reverse google

hasilnya

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

semua perkataan google teleh di'reverse'kan...haha






#j0m kita pakat2 cuba..hehe

Friday, February 3, 2012

kewangan di hujung SEM

sudah menjadi kebiasaan seperti sebelum-sebelum ini, kering di hujung2 sem..
tetapi sedikit berbeza sedikit untuk sem ini bc0z hasil PT for this sem xnampak kemana hasilnya...
tidak seperti sebelum ini, melabur ke sesuatu benda yang nampak lagi terang...
and orang cakap belanja ke jalan yang benar :D
keje xsampai satu bulan dah berhenti,
 yelar tak boleh nak keje kuat-kuat... 
aku student..
mana nak belajar lagi, nak kerja lagi..
sekarang  fokus study je 100%..
susah sorang2 pun tak pe...
asalkan xnak mummy risau. ngeee :D
dah nazak macam ni, boleh lar aku diet.hahaha...
dan semalam aku timbang berat, 50kg adalah berat  utk kali ini..haha,turun 2kg.. yesss!! target turunkan lagi 4kg...
dah beberapa hari xsentuh nasi, semoga lemak2 yang berlebihan akan berkurang..hahaha:D 
yelar,budak jenis suka makan, walaupun xlapar..
dah kalau xmakan berganda2 lah lapar aku.aduhaiii sadis nya...
gaji lambat lagiii, nak shopping!!!






#rasa nak makan semua makanan yang sedap !

Wednesday, February 1, 2012

hati !

hati dan perasaan kau aku jaga tapi hati dan perasaan aku siapa tau..
macam2 suruh janji jangan buat itu, jangan buat ini..ok aku ikut ! 
tapi kau ada layan aku...xde kan2.thanks awak...
bila saya s0rang2 saya harap awak ada dengan saya...
tapi xpe, saya paham situati0n awak.
kadang2 saya terpikir, adakah saya ni just utk buat hilang bosan awak je..
maaf kalau saya tersasar bahasa.
..sedih..
T_T
i'm not important pers0n, rite.?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
i want u !
i l0ve u s0 much ...

Monday, January 23, 2012

sepatutnya ahad

semakin hari, aku rasa antara kita semakin jauh.. bukan dek kerana jarak yang memisahkan kita ..bahkan aku sekarang da 1 negeri dgn kau...yelar, sekarang kan aku kat kampung...semangat nya aku nak balik kampung adalah satu sebab adalah kerana kau..teringin sangat nak jumpa kau..rindu sgt..tp myb aku sorang je kot yang rasa sedemikian....kadang2 aku rasa aku je terhegeh2 kat kau...xpe2, xlama pun aku boleh bertahan kalau macam ni sikap kau kat aku...aku pun ada perasaan yang ingin disayangi dan diberi perhatian oleh kau....memang lar istilah kawan bagi seorang lelaki adalah lagi penting dari awex nya...tp yang makan hati siapa..???awex nya jugak kan..xkah kau sayang aku.?

semakin hari, semakin makan hati.aku xnak dah macam aku dulu..suka merajuk, sensitif dan suka marah2..aku sekarang nak cool je.tp kau jgn tanya kalau perangai aku pelik k..aku sayang sgt kau..aku nak kau selesa dgn aku..aku nak kau lebih 
menghargai aku sebagai awex kau..
aku sayang kau.sgt2.

berkaitan dengan tajuk tu, sepatutnya kau datang kat aku pada hari ahad.semalam...tapi kau xdapat dtg sbb kau xde duit...ok.aku paham...yang aku sedih nya, time ko nak datang kat aku, ko xde duit..tp time ko ngn kawan2 kau pergi jalan2 sampai mana2 pun kau ada lak duit.lau dengan kawan kau, kau xpernah pun nak berkira kan...bukan nya aku nak  kikis kau pun...selama ni aku xpernah mintak apa2 pun ngn kau..xpernah!! so, xperlu pun ko bawak duit byk2..aku pun paham.aku juz awex kau je, bukan wife pn kan yang leh melabur duit lebih2..xpe2..aku nak kau dtg, aku nak sgt jumpa kau .nak sgt2..aku rindu...lau setakat makan..aku leh keluarkan duit aku ...bukan aku berkira pun dengan kau..selama ni pun aku xpernah berkira satu sen pun dengan kau...duit aku kerja pun ada sikit lagi..cukup lar untuk kita kuar t...tp macam kau xsemangat je nak jumpa aku..kau tnya aku marah x.aku jawab x, tapi dalam hati aku, aku je yang taw..sedih sangat2, memang aku xmarah tapi aku sedih T_T 
   
kau tau x, macam2 aku buat untuk kita jumpa kali ni..kau taw sebab aku g bp ari tu..? aku g parkson sbb pegi beli hadiah untuk kau je..aku juz buat alasan aku g parkson sbb nak beli purse..tapi aku nak beli something untuk kau, aku nak belanja gaji kerja aku untuk kau..aku demam, selsema,.tapi aku boleh bawak motor tengah2 panas sbb kau..tp kau xtaw kan..aku xnak ckp sbb aku nk buat suprise kat kau...
tapi kau xtaw kn..kau xpernah tau pengorbanan aku untuk kau..
bukan aku nak mengungkit, tapi aku nak kau taw yang aku sayang kau
kau taw x, salah satu aku kerja sebab aku nak beli something untuk kau, and another sbb aku nak backup PT aku yang dah abis,,kau taw..? kau xtaw kan...aku je yang rasa tu sorang2..xpernah kau tau kn..nak harap kau tolong aku pun xboleh, kau ada yang kau impikan selama ni kan.lagi pun kau ni juz awex kau je pun...
walau apa2 pun, aku menyokong kau dari belakang...
aku pun xnak merajuk coz aku xnak kau datang jumpa aku sbb aku merajuk, bkn sbb kehendak kau sendiri..aku nak kau datang sini sbb ikhlas..sbb kau rindu aku...
aku pun xnak harap apa2 lagi dari kau.aku takut aku yang kecewa..aku sedih..kau buat aku macam tempat buat kau menghilangkan rasa bosan kau tu..lau kau ngan kawan2 kau, xpernah kau rasa aku penting..
kau utama kan kawan kau lagi dari aku.....sebelum aku balik pun, kau dah janji kan dengan aku, kau nak dtg sini..tapi kau mungkir janji dengan aku...hmmm aku sedih...
aku sanggup buat apa demi kau.asal kan kau puas hati dengan aku..lau kau xsuka aku buat something tu, so aku xbuat..jz nak jaga hati kau..tapi kau xpernah pun paham hati aku...tadi kau tanya aku kenapa aku mesej mcam ada xpuas hati je..kau xpaham..? kau still xpaham!!..aku rasa relationship kita dah lama sayang...xkan xboleh baca lagi isi hati sy....sy sedihh...
nowdays, aku banyak tido awal...aku tido sebelum kau balik..kalau dulu, mesti aku tunggu kau balik, tapi sekarang x..maaf sayang..sy takut nanti lau kita sembang, kita akan gaduh..
saya xnak...so, better kita xbercakap....

aku balik kampung pun bukan selalu..lau cuti panjang baru balik..hmm .memang susah dah kita nak jumpa selepas ni...kau cakap blik cuti sem nanti jumpa..hah..? kau gila ke, lama tu..2 bulan lebih jugak..aku takut, aku xdapat bertahan...xpe, selagi aku boleh tahan dengan kau, aku tahan...tapi aku ada pernah cakap ngan kau,...aku cepat bosan..so, pandai2 la kau....kau cakap, kau sayang aku..tapi kadang2 aku xnampak pun..tambah2 sekarang ni, aku xnampak pun kau sayang aku..ko lain,...ada yang lebih penting dari aku..ok, aku paham...tapi dulu kau xmacam ni...kau dah xsayang aku ke..? lau kau terpaksa dengan aku, kau lepas je aku....biar hati aku xterseksa lagi...kau pun xpaham apa yang aku rasa kan.....atau, aku ada buat salah dengan kau...lau aku ada buat salah, kau cakap lar..aku leh ubah perangai aku...hmm. 


couple pun susah, macam2 masalah...kita putus jelar, duit awak xhabis dan masa awak terbuang dek saya kan.....saya menyusahkan awak je...saya mintak maaf, sekian T_T




#hanya satu aku pinta, menghargai.

Thursday, January 19, 2012

home sweet home

agak-agak dah lama aku tak men'update ' erk...busy lar kata kan..
yelar, bila siang kerja n bila malam kerja.wah3, aku kerja...n 2 dalam 1. 
tapi tu xtahan lama pun. xsampai sebulan aku dah resign...best tu memang best kerja. 
aku kerja kat fastfood. kfc. haha. . .
dapat hilangkan bosan
can make my own money
makan kfc free hari2(hehe..)

tapii kantoii ngan mak . .
cuti midsem xbalik c0z kerja..so rindu nk balik ni membuak2. .walaupun juz 5 hari boley lar hilangkan sangap aku kat umah syurgaku tu....
aku berhenti kerja pun sbb mak marah, penat sangat, nak bangun pagi bukan main susah..yelar, aku kan kuat tido org nya...haha.tido adalah perkara paling bestt..
tapi jangan tido xbangun2 suda...

okey, st0p! xnak cite sal kerja..dah lepas da..esok bus pukul 5 petang..awal tu, xtau lar sampai kul bape terengganu. . .
but my lovely daddy sentiasa ada untuk anakda nya jauh dimata..
rindu sangat2 mummy, daddy, my lovely sis, my bro n xlupe my hubby...ngeee~ 
katak bucuk aku kat umah..rindu nak pelukk. .s0b...s0b...
hari ni kelas xpack sangat..dapat lar rileks2 sikit badan ni...
dan hari ini myb hari beruntung untuk ak...ptg td xputus2 orang duk share topup..tenkiuu lah! 
pastu dapat makan nasi ayam.free kot...hahaha..
tapi duk kat bilik sorang2.hmm bosan.nak kuar xtau nak pergi mana..
kerja xsiap2.malas nak buat. . . . 
i will complete my work tonite!! n then esok terus hantar...
petang balikkkk !!!!



^_^rindu semua orang terengganu

There was an error in this gadget